Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday 8 November 2013

Lumrah Kehidupan

   Assalamualaikum.

Yang hidup, pasti akan mati. Tiada yang kekal kecuali Allah S.W.T yang abadi.
Pada setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Ya, itulah lumrah kehidupan.
Tanggal 7 November merupakan tarikh duka bagi warga SRIK. Terutamanya guru-guru dan pelajar-pelajar senior sekolahku. Aku juga tidak terkecuali.

7 November, kira-kira jam 3 pagi. Salah seorang murabbi yang amat ku sayangi dijemput menghadap Yang Maha Esa. Beliau merupakan seorang yang amat penyayang, yang amat baik hati, sangat ramah dan memahami perasaan kanak-kanak. Aku mendapat berita ini sebaik sahaja aku melangkah masuk  pagar SRIK. Pada mulanya, aku berasa was-was untuk  mempercayai berita ini kerana ia disampaikan oleh seorang pelajar tahun 2 yang juga merupakan anak kepada salah seorang ustaz di sekolahku. Namun, setelah seorang ustaz memberitahu berita pahit ini kepada kami pelajar-pelajar SRIK ketika berhimpun di perhimpunan pagi, air mata yang ditahan-tahan merembes keluar membasahi pipi. Berita yang sangat pahit untuk ditelan. Pahit bak hempedu.

Amat sukar untuk ku mempercayainya. Namun, aku perlu sedar bahawa aku sedang berpijak diatas bumi yang nyata. Aku sedang menghadapi dunia realiti. Aku juga perlu sedar bahawa ajal maut di tangan tuhan.

Arwah sangat baik hati. Kata abi yang menziarahi arwah, muka arwah tenang bagaikan orang yang sedang tidur. Itulah balasan bagi hamba Allah yang beriman serta taat pada setiap perintah-Nya.

Pilunya hati ini. Itulah yang ku rasakan hari itu. Aku berfikir sejenak.Bagaimana perasaan ahli keluarganya yang lain? Bagaimana dengan anak lelakinya yang sedang menghadapi SPM? Bagaimana pula dengan anak bongsunya, si kecil Khadijah yang berada di darjah 3? Bagaimana perasaan mereka? Bagaimana sekiranya aku berada di tempat mereka? Adakah aku sanggup tabah menghadapi dugaan ini?

Kematian adalah satu pengajaran. Kita harus mengambil iktibar dari peristiwa kematian. Banyakkan  amalan sebagai bekal  untuk menuju alam akhirat. Semoga kita selamat dari azab Allah yang pedih.

Moga arwah ditempatkan di kalangan roh orang orang yang beriman.
Al- Fatihah buat allahyarham Teacher Maarof bin Bajori.





Kau Sahabat Kau Teman

Album : Pelita Hidup II
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

( korus )
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

( korus ) Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati







1 comment:

  1. Banyak jasa Allahyarham Sir Maarof ni pada SRIK.dan Indah. Sentiasa sedekahkan alfatihah kepada rohNya, moga Allah ihsan dan redha.pada allahyarham.

    ReplyDelete