Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday 31 December 2011

Comel Tak Saya?









            


Happy New Year

Salam everyone.

Today I feel sooo happy.
Do you know why? Because today is new year 2012!
I'm getting ten! There are many reason I'm happy.

  1. Abi bought me a new glasses.
  2. My school start this Wednesday. It is only 2 days more!
  3. I will meet my friends. I miss them so much...

But I feel sad too. Because my best friend, Ainul Mardhiyyah has  removed to Kuala Lumpur... Hmm.. 


Okay, I'm tired typing.
Goodbye....
Happy New Year !!!





Tuesday 20 December 2011

Cat With Gun



Salam,
Semua suka kucing tak?
Saya sangat suka kucing.
Nabi Muhammad SAW pun suka kucing.

Tengoklah gambar-gambar ni.
Saya jumpa dekat GOOGLE.
Tekan perkataan images, lepastu taip cat with gun.

Comelkan kucing kucing ni?






    Saya minta maaf sebab curi ikan
    tu.....







    Tak takut pun...


















    garang kan?










    Kesian anak ayam ni...
















































    Sunday 18 December 2011

    Kisah Ketika Di Kampung.

    Salam semua.


    Sebenarnya semalam saya baru pulang dari kampung.


    Semasa di kampung, ramai sepupu saya yang ada.


    Sewaktu disana, sepupu saya dan saya  telah berulang kali menolong Budir saya membuat
    kuih cheese tart  dan kek caramel.


    Sepupu saya dan saya juga telah memberi sisa makanan yang menjadi makanan ayam untuk ayam- ayam milik jiran Tok dan Tokki saya.


    Saya sangat gembira!


    Tetapi, sewaktu hendak pulang, saya berasa agak sedih.


    Namun saya gembira semula apabila mendapati sedara mara saya akan datang ke rumah saya minggu depan.


    Baiklah, sampai disini saja saya dapat bercerita.
    Ummi saya memanggil saya ni.
    Jumpa lagi di entri lain.







    Monday 5 December 2011

    A Poem For Abi

    This is a special poem for Abi.

    I love my Abi,
    My brilliant jokey daddy,
    He makes me cheerful  when I am sleepy,
    He is my honey,
    My lovely honey,
    He is also a good teacher for me,
    I love my Abi.

    Love you, Abi.


    Recycle

    Salam everyone!
    Ummi  brought me and my brothers to a recycle centre to recycle some papers this morning.


    The paper weigh ten kilos.
    Can you guess how many ringgit we get for that ten kilos?

    1. RM 3.00
    2. RM 1.50
    3. RM 2.50

    Sunday 4 December 2011

    Cuti-cuti Malaysia

    Salam.
    Saya ada dua cerita yang ingin dikongsikan.

    Cerita 1:
    Pada hari Sabtu yang lalu, saya dan keluarga pergi ke Bandar Bersejarah iaitu Melaka.
    Saya dan adik-adik sungguh gembira. 

    Kami ke sana dengan menaiki kereta.
    Tujuan  kami ke sana adalah kerana hendak berjalan-berjalan di samping pergi ke kedai perabot.

    Sebaik sahaja sampai di destinasi kami, abi terus membawa kami ke Zoo Melaka.

    Disana kami melihat pelbagai jenis binatang seperti burung kakaktua, burung hantu, tupai, monyet, burung merak, kancil, harimau, buaya, dan banyak lagi.

    Kegembiraan saya bertambah apabila abi membelikan aiskrim untuk saya dan juga adik saya, Harraz.

    Setelah selesai melawat zoo itu, kami pergi ke sebuah kedai perabot bernama Recycle Furniture untuk membeli sedikit perabot.

    Setelah selasai, kami berangkat pulang ke rumah.
    Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Senawang, Negeri Sembilan untuk menikmati nasi arab damsyik di sebuah restoran Nasi Arab Damsyik.

    Pengalaman ke Melaka ini adalah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
    Bagi yang belum pergi ke Melaka,  buatlah pelan untuk ke Bandar Bersejarah ini ya!


    Cerita 2:
    Semalam, saya dan keluarga pergi ke Book Excess di Amcorp Mall, Petaling Jaya untuk membeli buku.

    Setelah selesai, Abi membawa kami menaiki LRT ( Light Rail Transit ) ataupun ( Transit Aliran Ringan)dari Kelana Jaya  ke KL Sentral kerana Abi ada hal.

    Kami menaiki LRT semula untuk ke Kelana Jaya dan menaiki kereta untuk pulang ke rumah.

    Walaupun penat, kami pulang ke rumah dengan perasaan puas dan gembira.


    Sampai di sini  sahaja cerita saya.
    Semoga terhibur!












    Wednesday 23 November 2011

    A poem for Ummi

    This is a special  poem for Ummi.

    I came out from her tummy,
    Her foods are yummy,
    She is not too grumpy,
    And she so lovely,
    That's my Ummi,
    I love my Ummi.


     Love you, Ummi. 

    Tuesday 22 November 2011

    A Surprise From PTS

    Salam.
    Its a  long time since I last wrote in this blog.
    Today I want to tell you a  story about a surprise from PTS.

    On a Sunday evening two weeks ago, when I wanted  to perform Asar prayer in my room, Ummi raced upstairs and shouted " Indah, ada parcel untuk Indah! " And then, I replied " Kejap, Indah nak sembahyang! "                 
    Then, Ummi replied back," Tunggu kejap, Ummi naik ni!" When Ummi was upstairs, Ummi gave the parcel 
    to me and asked me to open it. When I open the parcel, I shouted, " Wah, buku! " In the parcel, there are two books, two badges and a coupon.Do you want to know what the reason I recieved the parcel? If you ever read PTS books, you will know  the reason. He he he... The reason is, I collect the stamp at the PTS books. That's the answer! 


    Okay, I'm tired typing.
    Love all of you!
    Wassalam!

    Sunday 13 November 2011

    Hari Ini

    Salam,
    Hari ni saya dah start cuti sekolah. Saya tinggal di rumah Tok Wan saya sementara Abi dan Ummi saya bekerja.

    Adik saya yang masih tadika juga bersama saya.Sepatutnya dia bersekolah seperti biasa tetapi, malam tadi dia sakit perut dan muntah - muntah.                                            


    Okey lah kawan - kawan, lain kali saya taip.


    Jumpa lagi di entry yang lain! 

    Cuti Sekolah

    Salam,
    Seronok rupanya buat blog ni.

    Cuti sekolah ni boleh la tulis banyak - banyak.
    Harap-harap semangat saya ni bukan hangat - hangat tahi ayam je.

    Oh ye, kalau semua nak tahu, saya start cuti sekolah 14 / 11 / 2011.
    Nak tahu kenapa?
    Sebab,bangunan sekolah saya, iaitu SRIK bersebelahan  dengan SMIK.
    SPM kan tak lama lagi, jadi takut pulak kitorang ( pelajar SRIK )
     bising sehingga mengganggu abang - abang dan kakak - kakak yang sedang menduduki peperiksaan SPM. Maklumlah dah habis peperiksaan.

    Baiklah, sampai sini saja saya dapat menulis.Nek Ijah saya datang.
    Sayang semua!

    Saturday 12 November 2011

    Boleh Saya Join?

    Salam,
    Ini adalah entry percubaan untuk blog baru saya.
    Kira macam entry sulunglah.


    Seronok tengok kawan-kawan semua guna blog,
    jadi saya juga teruja untuk mencuba menulis di alam cyber ni.


    Abi yang ajar macam mana nak buat blog.


    Cukuplah buat masa ini. Insha Allah saya akan update lagi.


    Buah rambutan di dalam kebun,
    Ambil tangga tolong petikkan,
    Saya budak baru nak join,
    Terlebih terkurang harap tegurkan.


    SALAM PERKENALAN