Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday 4 November 2013

HIJRAH

Assalamualaikum


Lirik Maal Hijrah – Al Ajiba


Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Chorus
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Ulang Chorus
Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Ulang Chorus 2X
Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman

.........................................................................................................................................................................................................................Kita perlu berhijrah. Kepada yang lebih baik. Mesti.

Pada majlis sambutan maal hijrah di sekolahku, ustaz menceritakan sejarah kelendar Islam.
Untuk pengetahuan semua pembaca, sebenarnya kalendar Islam bermula pada zaman Khalifah Usman ibnu Affan. Khalifah Usman ibnu Affan sering mendapat surat surat daripada gabenor-gabenor dari merata tempat. Namun begitu, oleh kerana ia mengambil masa yang lama untuk sampai, khalifah tidak tahu bila surat itu diutuskan. Bagi mengatasi masalah itu, baginda mula terfikir untuk mengadakan kalendar Islam.

Dipendekkan cerita, Khalifah Usman ibnu Affan berbincang dengan penasihat, bendahara, dan sebagainya.
Antara cadangan yang dikemukakan ialah:
 1- Memulakan kalendar Islam pada  tarikh kelahiran NABI S.A.W namun tidak diterima.
 2- Memulakan kalendar Islam pada  tarikh kewafatan NABI S.A.W namun juga tidak diterima .
 3- Memulakan kalendar Islam pada  tarikh penghijrahan umat islam dari Makkah ke Madinah pada hujung bulan Zulhijjah         dan telah dipersetujui semua.
Setelah mendapat persetujuan rakyat jelata,  bermulalah kalendar Islam pada 1 Muharam.







No comments:

Post a Comment