Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday 31 January 2014

Islam Itu Mudah!


BILA KITA POST ↓
'Allahuakbar'
'Subbahanallah'
'Astaghfirullah'
↑ automatik ada orang baca ..
senangkan dapat pahala .. 

ISLAM ITU MUDAH dan ITU INDAH !!!

Jom SHARE!!!


Perosak Amal

      Lipas, anai-anai, tikus; sebut semua ni, dengan pantas otak kita mengatakan, ini haiwan perosak.

      Baca surat khabar, pelbagai cerita terpampang di dada akhbar, tentang kerosakan akhlak remaja zaman sekarang; dengan pantas mulut berkata, Mereka perosak bangsa, perosak negara.

       Tapi pernah tak kita check kerosakan yang berlaku dalam diri kita? Kerosakan yang mana-mana hospital tidak boleh terima. Kerosakan itu memakan semua amalan yang kita kutip selama hidup di muka bumi Allah ini. Apa nama perosak yang menyebabkan kerosakan itu?

Nama dia,
MENGUMPAT


        Inilah dia perosak sebenarnya. Mengumpat ini bahaya dan sangat keji. 

        Cukuplah tunding jari, check kembali diri kita. Buat medical check-up boleh, kenapa nak check balik apa yang kita telah lakukan tak boleh? Dah la free, boleh buat di rumah lagi.

Lakukannya sekarang. Jangan tunding jari lagi, ye? Sama - sama lah kita perbaiki diri kita.

Wassalam.;)


Photo: :)

Saturday 18 January 2014

Hanya Biarkan Bergelimpangan

Di Bawah Langit Dunia,
Ada Manusia Yang Tidur Bersendirian,
Berbumbung Kotak Basah, Nyenyak Dalam Hujan,
Sepi Tanpa Berteman, Mereka Sedang Mencari Arah...

Kita Pinggir Mereka Semua, Mereka Mahu Apa?
Kerana Mereka Bukan Kita, Kita Ada Segalanya,
Yang Kaya Berdarjat, Yang Kuasa Berpangkat,
Yang Bijak Mengingat...

Kita Biarkan Mereka Bergelimpangan,
Merempat Di Jalanan,
Rezeki Mereka Di Timbunan Sampah, 
Sedang Kita Membuang Barakah, Mungkin Kita,
Pura-Pura Mengerti,
Rahsia Hidup Kekal Abadi.
Nukilan, Kamal Arrif Mohd Bakri
Dipetik dari, Majalah Muslim Teens




Thursday 16 January 2014

Cabaran Dakwah

Assalamualaikum...

Banyak cabaran dalam berdakwah. Dakwah tak semestinya dengan memakai serban di kepala, tak perlu jadi ustaz atau ustazah untuk berdakwah. Kita pun boleh berdakwah. Kanak-kanak pun boleh. Tiada halangan dalam berdakwah. Tidak kira pangkat atau umur. 

Saya sendiri pernah berdakwah. Kepada rakan-rakan. Bukannya mahu riyak, tapi pengalaman berdakwah -menasihati. Kita perlu belajar dari pengalaman. Ok, back to the point. Dakwah saya (nasihat ) kepada rakan-rakan tak banyak dan tak sedikit. Asalkan ada. Ada yang menerima dengan hati yang terbuka, dan ada juga yang berbisik di belakang. Bukan saya tak sedar kekurangan diri. Tapi sama-sama lah. Perlahan lahan, jangan terburu-buru. So, just sloww and steadyy.

Saya baru sahaja berjaya menyampaikan apa yang mahu disampaikan sejak sekian lama kepada rakan - rakan. Saya sudah tahu risikonya, tapi saya tak kisah. Macam motto hidup saya, berani kerana benar, takut kerana salah. Hehe . Seperti yang saya jangkakan, ada yang tidak puas hati. Tetapi  saya hanya mengabaikannya dan alhamdulillah, ketidakpuasan hatinya tak bertahan lama, saya tak ambil hati.

Dakwah pada diri sendiri juga perlu ada. Sekiranya kita suruh orang beratur tapi diri sendiri berlari, siapa mahu ikut arahan kita. Muhasabah diri perlu ada. Tidak perlu terlalu drastik. Cuma pastikan 'hari ini lebih baik dari semalam' . Mungkin ketika dalam proses berubah, tabiat lama datang lagi. Tidak mengapa, istiqamah. Manusia memang tidak sempurna. Kita memang ada silap,  ada dosa (kecuali nabi).

Banyak sangat cabang dakwah zaman ini. Youtube, facebook,blog dan pelbagai lagi. Tiada alasan untuk tidak. Mudah sahaja caranya, ajak orang kepada perkara yang baik.  


Jangan risau, kita pasti boleh.

Monday 13 January 2014

I'm Muslim





















































3 Step Untuk Berjaya

Assalamualaikum.

Saya teringat tajuk pertama matapelajaran Tauhid tahun lepas. Tajuknya ialah Qada' dan Qadar. Melalui tajuk ini, saya dapat mengetahui 3 langkah untuk kita mengecapi kejayaan.


1-Berusaha 

                    2-Berdoa
                             
                                       3-Bertawakkal

1-Berusaha mestilah bersungguh-sungguh. Sekiranya tiada usaha, KO lah.   Bagaimana nak berjaya?
2-Berdoa juga sebahagian daripada usaha. Jadi berdoalah bersungguh-sungguh kerana hanya dengan izin-Nya,  impian akan menjadi kenyataan.
3-Dah buat step pertama dan kedua? Bertawakkallah kepadanya. Insha-Allah.

Sampai di sini sahaja, Jazakallah khairan khathira.

Saturday 11 January 2014

Ilmu


Menuntut ilmu tiada sempadannya.
Jangan berhenti.
Ilmu ada di mana-mana.
Di zaman ini,
ilmu dipelajari dengan pelbagai cara.
Bukan HANYA kuliah dan kitab.
Sesiapa sahaja boleh menuntut ilmu.
Tidak kira miskin atau kaya.
Anak desa mahupun anak kota.
Cool.
Sabar.
Istiqamah.
Sesiapa pun boleh.
ANDA BOLEH.