Assalamualaikum...
Cuti sekolah dah start, jadi banyak masa yang ada. Untuk cuti sekolah kali ini, saya ada 1 PROJEK. Cuba teka projek apa? Projeknya adalah,
JENG, JENG, JENG.......
PROJEK HAFAZAN!
Hebatkan?
Di samping itu, saya dan abi telah membuat perjanjian iaitu.....
Hmm... kalau nak tahu, baca dialog ini:
ABI : Indah, meh sini.
INDAH (saya) : Ye abi, kenape?
ABI : Dengar ni, cuti ada dalam 6
minggu lagi.
INDAH : Hmm....
ABI : Abi nak tengok Indah hormat
tak harapan, arahan Abi. Abi
bagi Indah 2 minggu untuk hafal
balik Juz 'Amma.
INDAH : Termasuk an- naba' ?
ABI : Hafal dulu surah sebelum tu, tak
payah cakap lagi fasal An-Naba.
Surah sebelum tu penting dulu.
Buat dulu jangan cakap lagi. 2
minggu lagi hafal Al-Mulk.
INDAH : Hmm...
ABI : Kalau Indah berjaya, Abi
belikan Indah benda yang
harganya bawah RM 200. Apa2
sahaja termasuk mainan.
INDAH : HMMMMM..... OKLAH.
Itulah perjanjiannya. Jadi saya harap saya dapat laksanakan projek ini. Harap2 bukan hangat2 tahi ayam sahaja. Tolonglah doakan saya. Hmmm....
BYE....