Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday 4 November 2013

Takdir

Assalamualaikum para pembaca semua.

TAKDIR. Perkataan yang biasa meniti di bibir sesiapa sahaja. Namun persoalannya, mengapa ketika ditimpa musibah sahaja??? "Cobaan, takdir, nasib badan, dah nasib, takdir kita" dan banyak lagi. Hanya diucapkan dan langsung tidak dihayati. Hanya "main-main". Tiada keikhlasan. Tiada penghayatan.

Manusia diuji dengan pelbagai ujian. Dan setiap daripadanya mengandung hikmah yang kadangkala kita tidak nampak. Kita sering mempersoalkan takdir. Kita cedera parah kerana kemalangan, kita meratap, kita mempersoalkannya, kita mengatakan tuhan yang maha adil itu tidak adil. Kita tidak dipilih menjadi pengawas, tidak diberi kepercayaan memegang jawatan , kita merungut. Kita memberontak. Tapi sekiranya kita diberi kepercayaan memegang amanah itu, mampukah kita menjaganya dengan baik? Mampukah kita?

Kadangkala ALLAH menarik kemudahan yang ada pada kita, mengapa? Supaya kita mencari ALLAH semula. Supaya kita berubudiah, berdoa, mengharap, meminta,merayu kepada Yang Esa. Kadangkala kita lalai seketika, maka ALLAH uji kita supaya kita tidak tersasar lebih jauh.


 Sebelum tidur, imbas kembali apa yang telah kita lakukan. Muhasabah kembali diri  kita. Berapa banyak dosa yang telah ku lakukan? Adakah malaikat raqib mencatat apa apa di dalam buku catatannya?Aku ada menyakiti mana mana hati hari ini? Jikalau ada, adakah hati itu telah terubat? Sudahkah hati itu memaafkan kita? Renungkanlah.

            Jazakallah khairan khathira.

                

No comments:

Post a Comment