Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday 16 January 2014

Cabaran Dakwah

Assalamualaikum...

Banyak cabaran dalam berdakwah. Dakwah tak semestinya dengan memakai serban di kepala, tak perlu jadi ustaz atau ustazah untuk berdakwah. Kita pun boleh berdakwah. Kanak-kanak pun boleh. Tiada halangan dalam berdakwah. Tidak kira pangkat atau umur. 

Saya sendiri pernah berdakwah. Kepada rakan-rakan. Bukannya mahu riyak, tapi pengalaman berdakwah -menasihati. Kita perlu belajar dari pengalaman. Ok, back to the point. Dakwah saya (nasihat ) kepada rakan-rakan tak banyak dan tak sedikit. Asalkan ada. Ada yang menerima dengan hati yang terbuka, dan ada juga yang berbisik di belakang. Bukan saya tak sedar kekurangan diri. Tapi sama-sama lah. Perlahan lahan, jangan terburu-buru. So, just sloww and steadyy.

Saya baru sahaja berjaya menyampaikan apa yang mahu disampaikan sejak sekian lama kepada rakan - rakan. Saya sudah tahu risikonya, tapi saya tak kisah. Macam motto hidup saya, berani kerana benar, takut kerana salah. Hehe . Seperti yang saya jangkakan, ada yang tidak puas hati. Tetapi  saya hanya mengabaikannya dan alhamdulillah, ketidakpuasan hatinya tak bertahan lama, saya tak ambil hati.

Dakwah pada diri sendiri juga perlu ada. Sekiranya kita suruh orang beratur tapi diri sendiri berlari, siapa mahu ikut arahan kita. Muhasabah diri perlu ada. Tidak perlu terlalu drastik. Cuma pastikan 'hari ini lebih baik dari semalam' . Mungkin ketika dalam proses berubah, tabiat lama datang lagi. Tidak mengapa, istiqamah. Manusia memang tidak sempurna. Kita memang ada silap,  ada dosa (kecuali nabi).

Banyak sangat cabang dakwah zaman ini. Youtube, facebook,blog dan pelbagai lagi. Tiada alasan untuk tidak. Mudah sahaja caranya, ajak orang kepada perkara yang baik.  


Jangan risau, kita pasti boleh.

4 comments:

  1. berdakwah juga memerlukan kesabaran yg tinggi

    ReplyDelete
  2. " Mungkin ketika dalam proses berubah, tabiat lama datang lagi. Tidak mengapa, istiqamah"

    Jgn lupa istighafar sokmo agar allah ampunkan kesalahan kita dan kurniakan hati bersih supaya mudah melakukan perubahan diri ke arah yg lebih baik.! ;)

    ReplyDelete