Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday 18 January 2014

Hanya Biarkan Bergelimpangan

Di Bawah Langit Dunia,
Ada Manusia Yang Tidur Bersendirian,
Berbumbung Kotak Basah, Nyenyak Dalam Hujan,
Sepi Tanpa Berteman, Mereka Sedang Mencari Arah...

Kita Pinggir Mereka Semua, Mereka Mahu Apa?
Kerana Mereka Bukan Kita, Kita Ada Segalanya,
Yang Kaya Berdarjat, Yang Kuasa Berpangkat,
Yang Bijak Mengingat...

Kita Biarkan Mereka Bergelimpangan,
Merempat Di Jalanan,
Rezeki Mereka Di Timbunan Sampah, 
Sedang Kita Membuang Barakah, Mungkin Kita,
Pura-Pura Mengerti,
Rahsia Hidup Kekal Abadi.
Nukilan, Kamal Arrif Mohd Bakri
Dipetik dari, Majalah Muslim Teens




No comments:

Post a Comment