Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday 30 December 2013

Amanah

Assalamualaikum.

Hari Orientasi Pengawas 2014 sekolahku baru sahaja berlalu. Dan aku  telah dilantik menjadi  Ketua Pengawas Puteri. Perasaan dalam hati bercampur baur. Gembira, takut, risau dan pelbagai lagi.

 Gembira kerana : Diberi kepercayaan oleh guru-guru.
 Takut kerana     : Menjadi ketua kepada seramai 21 orang pengawas puteri dan bertanggungjawab keatas    segala kesalahan yang mereka lakukan dalam menjalankan tugas .
 Risau kerana     :  Tidak dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.

Pesan abi, apabila mendapat sesuatu jawatan, ucaplah Astaghfirullah. Jangan harapkan jawatan itu milik kita.

Pesan Ustazah Zainah, menjadi pengawas bermakna menjadi pemimpin. Pimpin dan bukannya tarik. Pimpin dan ajar, bukannya mengarah. Menyandang jawatan ini juga memberi peluang untuk kita menambah ibadah dan mendisiplinkan diri. Membantu guru bukan menjadi guru.

Pesan Ustaz Ahmad ketika menyerahakan tag Ketua Pengawas, ini amanah.

Pesan Sir Fattah, Allah yang memilih kami semua dan guru-guru sebagai perantaraannya.Kami juga menjadi contoh tauladan kepada murid-murid

Mungkin ada orang merasakan dilantik menjadi pengawas menyusahkan, memenatkan, menghalang kegembiraan bermain dan  terasa seperti dikongkong. Tapi itu ialah sesuatu yang salah. Menjadi pengawas bagiku ialah sebagai satu tanggungjawab yang akan memudahkan aku di mana-mana. Menjadi pengawas juga menambah cabang ibadah. Ia juga melatih kami menuju kearah insan berkeperibadi muslim.

Memegang tanggungjawab sebagai seorang pemimipin. Aku akui , ia bukan sesuatu yang mudah. kata-kata yang tidak sedap didengar juga kadang-kadang dilontarkan kepada kami(pengawas). Tetapi dengan menjadi pengawas lah kita akan lebih mudah memperbaiki diri kita.

Pengalaman menjadi pengawas selama 2 tahun (2014 tahun ke-3) banyak pengalaman manis yang menguatkan semngat aku menjalankan tugas sebagai pengawas.
       
          PENGAWAS 

      2012-Darjah 4       
                                    PEN.KETUA PENGAWAS

                                    2013-Darjah 5 

                                                            KETUA PENGAWAS
                       
                                                            2014-Darjah 6        

Aku mendengar seorang rakan mengeluh,"Kita(saya) tak nak jadi pengawas la. nanti tak boleh main"
Astaghfirullahal'azim.

Allah tidak akan menyusahkan hamba-Nya. Percayalah.


Sekian.





2 comments:

  1. Kalau sentiasa beringat, in sha allah kita selalu dlm bimbinganNya. Tahniah dan moga amanah ini menjadi asbab Allah redha dan suka pada kita.

    ReplyDelete
  2. Sentiasa mohon bimbingan & perlindungan Allah Indah! Yakin dan bersangka baik denganNya. Love you lots! :)

    ReplyDelete