Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday 4 December 2011

Cuti-cuti Malaysia

Salam.
Saya ada dua cerita yang ingin dikongsikan.

Cerita 1:
Pada hari Sabtu yang lalu, saya dan keluarga pergi ke Bandar Bersejarah iaitu Melaka.
Saya dan adik-adik sungguh gembira. 

Kami ke sana dengan menaiki kereta.
Tujuan  kami ke sana adalah kerana hendak berjalan-berjalan di samping pergi ke kedai perabot.

Sebaik sahaja sampai di destinasi kami, abi terus membawa kami ke Zoo Melaka.

Disana kami melihat pelbagai jenis binatang seperti burung kakaktua, burung hantu, tupai, monyet, burung merak, kancil, harimau, buaya, dan banyak lagi.

Kegembiraan saya bertambah apabila abi membelikan aiskrim untuk saya dan juga adik saya, Harraz.

Setelah selesai melawat zoo itu, kami pergi ke sebuah kedai perabot bernama Recycle Furniture untuk membeli sedikit perabot.

Setelah selasai, kami berangkat pulang ke rumah.
Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Senawang, Negeri Sembilan untuk menikmati nasi arab damsyik di sebuah restoran Nasi Arab Damsyik.

Pengalaman ke Melaka ini adalah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Bagi yang belum pergi ke Melaka,  buatlah pelan untuk ke Bandar Bersejarah ini ya!


Cerita 2:
Semalam, saya dan keluarga pergi ke Book Excess di Amcorp Mall, Petaling Jaya untuk membeli buku.

Setelah selesai, Abi membawa kami menaiki LRT ( Light Rail Transit ) ataupun ( Transit Aliran Ringan)dari Kelana Jaya  ke KL Sentral kerana Abi ada hal.

Kami menaiki LRT semula untuk ke Kelana Jaya dan menaiki kereta untuk pulang ke rumah.

Walaupun penat, kami pulang ke rumah dengan perasaan puas dan gembira.


Sampai di sini  sahaja cerita saya.
Semoga terhibur!












No comments:

Post a Comment